Followers

Friday, December 17, 2010

Bawa Najibah dan Najihah cat pagar Homestay

Masa cuti persekolahan ni ( disember ) homestay penuh .Ramai yang call terpaksa tolak sebab dah di booking . Kalau hari ni diaorang checkout ,esok tu mesti  checkin .Contoh pagi ni ada pelancong checkout awal pagi . Besok ada pelancong nak masuk .

Jadi ambil kesempatan hari ni untuk cat pagar yang tergendala . Jadi Mama kemas kat dalam rumah dgn Nabil . Najihah dan Najibah tolong abah cat pagar .

Hanya lokasi ini saja Najibah dan Najihah di benarkan untuk mengecat pagar . Itupun berebut-rebut nak mengecat .

Najihah membantu kakak Najibah mengecat pagar . Siap mandi lagi kat tepi tu . Mentang-mentang ler air free . Pantang jumpa air ,mesti nak mandi .
Sebenarnya proses mengecat pagar Homestay ni terpaksa di tunda sehingga hari yang akan datang ( tak tahu lagi bila sempat ) sebab nya HUJAN turun pulak dah . Tak sempat habis mengecat , cuaca kat Langkawi ni dah berubah dari panas terik menjadi redup dan hujan pun turun .
Jadi tak siap lagi ler proses mengecat ni .
Besoknya ada pelancong nak tinggal kat sini . Takpa lah nanti sambung lagi bila ada waktu nya .
Sebahagian yang telah siap di cat .. posing pulak kat situ Najihah .
Selepas mengecat  ( tak siap pun ) MAMA marah semua sekali sebab nya Najibah dan Najihah bukan saja cat pagar ! rambut , baju , seluar ,tangan semua diorang cat ...sapa nak basuh ni ..







Tuesday, December 14, 2010

Layan Anak ( Najihah ) Bersembang

Kata-kata dari seorang pakar .... Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan
bebudak bercakap. ..tips dari Robert D. Ramsey

Hari ni layan Najihah bersembang . Bersembang entah apa yang dia cakap . Aku pun tak paham . Tapi takpa layan jer .

 

Nurul Najihah