Followers

Saturday, December 27, 2008

MALUNYA
Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujukdier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab,
"Tak mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,uhwaaa.. .. !!!" Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.

Tuesday, December 23, 2008

Melancong Ke Sabah ( 19-22Disember 2008 )

Hari untuk untuk persiapan pulang ke Langkawi .

Persiapan di Komplek Tabung Haji beramai -ramai untuk berangkat pulang .



Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur mengambil masa 2jam 30minit .


Semasa dah nak balik dan berada di Lapangan terbang Kota Kinabalu baru jumpa orang kampung sendiri iaitu NORBEK .Beliau bekerja dengan Tabung Haji di Kota Kinabalu .Memang dah lama tak jumpa lebih dari 20 tahun .Dan rakan-rakan lain juga kenal dengan beliau kereta pernah belajar sekali di Sekolah Menengah Mahsuri dahulu .

Kami bertolak dari KK ke LCCT jam 2.45ptg

Dan dari LCCT ke Langkawi jam 6.45ptg

Melancong Ke Sabah ( 19 - 22 Disember 2008 )

Sabah Hari Ke 2 ;

Hari kedua adalah hari membeli belah di lokasi-lokasi terkenal dengan ciri-ciri unik negeri Sabah .Bergerak keluar di awal pagi ke Tamu Kota Belud .Pasal yang menjual berbagai –bagai barang-barang pasar – basah dan kering ,serta berbagai alat-alat yang di gunakan oleh masyarakat Sabah di sini .Apa lagi tengok-tengok le pisau atau parang yang banyak di jual di sini .Beli juga satu pisau yang ada ukiran di sarung pisau tersebut - harga pun mesti la murah kat sini .

Kat sini juga ramai rombongan yang membeli Raja Kayu dan juga Kayu Tas yang boleh di gunakan untuk merawat berbagai penyakit bagi penduduk di sini …dan ada juga sesetengah penduduk Malaysia yang mengenali kayu tersebut .

Di sini apa yang paling murah dijumpai ada menjual Madu Lebah dan di perahkan sekali dengan sarang lebah tersebut (dijamin original) pada sebuah botol yang besar ,kalau di tempat saya beharga RM80 .Di sini harga untuk madu lebah asli ini berharga hanya RM10.00 sehaja .


Selepas balik di Kota Belud kami singgah makan tengahari di Kolej E, Universiti Malaysia Sabah dan bersembahyang di Masjid tersebut .Semasa perjalanan dari Kota Belud ke UniMas ini ada juga peminat yang berselera buah Tampoi .Banyaknya makan buah Tampoi .
Selepas itu kami singgah di tempat membeli belah iaitu di Pasar Filipino di Kota Kinabalu ini .Terubuk masin yang di pesan sudah di beli .Ada juga berbagai macam batu untuk gelang tangan ,anting-anting dan sebagainya ..ramai yang cadangkan singgah sama di Kedai Jamilah – sebab boleh dapat murah lagi .
Balik ke Tabung Haji dan berehat serta tidur .

Melancong Ke Negeri Sabah
19 - 22 Desimber 2008
Hari pertama ;
Hari pertama di Sabah adalah aktiviti meninjau keindahan fauna dan flora negeri Sabah .Peluang untuk merakam foto di lokasi yang berlatar – belakangkan pemandangan indah dan hebat .Lokasi di Kaki Gunung Kinabalu dan juga di Air Panas Poring ( Poring Hot Spring ),Sabah .Serta juga melalu ‘Canopy Walkway’ iaitu berjalan di atas jambatan gantung setinggi 100mtr dari tanah melalui celah-celah kanopi hutan tebal .Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Poring mengambil masa lebih kurang 3 jam .

Selepas pulang dari Poring kami singgah di pecan Ranau untuk makan tengahari di sana .Singgah di Kundansang untuk membeli belah dan serta singgah di Kinabalu Park semasa perjalanan pulang ke Kota kinabalu .Cuaca di sana amat sejuk sekali .

Makan malam pula di Pasar Malam Sinturan sekitar Bandar Kota Kinabalu .
Dan lepas itu pulang ke tempat penginalan Komplek Tabung Haji .